25 August 2012

MPW 1153 - Definisi Etika dan Moral

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Didoakan agar semua pembaca blog ini sihat wal afiat dan dilindungi Allah swt sentiasa. Hari ini saya hendak berkongsi topik mengenai subjek Pendidikan Moral. Semoga mendapat manfaat.


Maksud Etika

Asal dari perkataan Yunani iaitu ethos bermaksud hukum, adat resam, kebiasaan dan budi pekerti.

Maksud Moral

Asal dari Bahasa Latin iaitu mores yang ditakrifkan sebagai kesusilaan, adab, sopan santun dan tradisi.

Berdasarkan definisi ethos dan mores, tidak hairanlah jika bagi sesetengah orang kemoralan atau etika merupakan sesuatu yang berkaitan dengan peraturan masyarakat yang terdiri daripada tatahukum, tatasusila atau tatatertib masyarakat.

Contoh; peraturan masyarakat berkaitan konsep atau nilai berdikari, hormat-menghormati, kasih sayang, kebersihan, saling membantu, kerjasama, kesyukuran dan semangat bermasyarakat.

Pendapat Pakar

Hobbes; Kemoralan sosial biasanya mendapat sokongan kuat daripada ahli-ahli sosial sosiolagi moral dan menjadi tanggungjawab setiap orang mematuhi pemerintah sebagai autoriti moral.

Weber; norma, nilai dan peraturan masyarakat yang boleh membentuk perlakuan dan seseorang lahir daripada kepatuhan orang itu kepada autoriti yang sah.

Durkheim; Etika terdiri daripada suatu sistem peraturan yang telah ditentukan terlebih dahulu tentang bagaimana seseorang itu mesti bertindak dalam situasi tertentu. Bertingkah laku dengan betul merupakan pematuhan peraturan itu secara sungguh-sungguh, berhemat dan teliti.

Kepentingan Pendidikan Moral

1. Pembentukan individu menyeluruh dan seimbang.
2. Matang dan bermaklumat yang berupaya menaakul.
3. Berperasaan dan bertingkah laku moral ke arah pembangunan masyarakat beretika yang adil dan berkepedulian.

Bersambung.

Dr SIR
6 Syawal 2012

No comments:

Post a Comment